PROFIL

http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=7532389865280416090#editor/target=page;pageID=6005623696364898960LATAR BELAKANG

         SMKA di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1977. KPM pada ketika itu telah mengambil alih 11 buah sekolah agama di 11 buah negeri di Semenanjung Malaysia. Semangat penubuhan SMKA adalah untuk melahirkan pelajar cemerlang iaitu cemerlang "akademik, kuat pegangan agama" . Atas dasar inilah SMKA berkembang di seluruh negara daripada 11 buah pada tahun 1997 hingga menjadi 100 buah lebih kini.
   
        SMKA Sik terletak dalam daerah Sik, iaitu sebuah daerah terpencil di negeri Kedah. Keluasan tanahnya ialah 18 ekar. Rancangan penubuhannya ialah pada tahun 1991 seterusnya kerja-kerja pembinaannya bermula pada Mei 1995 dan siap sepenuhnya pada awal tahun 1998  dengan menerima kemasukan pelajar pertama seramai 173 orang, iaitu pelajar cemerlang UPSR tahun 1997. Mereka ditempatkan dalam  5 buah kelas iaitu purata 35 orang pelajar bagi sebuah kelas.

        Sambutan pelajar pertama diadakan gilang gemilang yang dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan JPNK, PPD Baling Sik serta ibubapa dan waris pelajar yang berkenaan. Taklimat disampaikan oleh pegawai JPNK dan  dalam  majlis itu juga PIBG mula ditubuhkan.

MISI SEKOLAH
Kami warga SMKAS berazam memberikan pendidikan berkualiti:

1. Pengurusan sekolah yang cekap dan berkesan.
2. Peningkatan kecemerlangan pelajar dalam kurikulum dan kokurikulum.
3. Pemupukan sahsiah mulia dalam kalangan pelajar.
4. Pewujudan prasarana sekolah yang kondusif
5. Jalinan hubungan baik dengan ibubapa dan komuniti.

VISI SEKOLAH
SMKAS akan menjadi SBT menjelang 2015

BACA LAGI........


Tiada ulasan:

Catat Ulasan